Friday, February 24, 2012

Mampukah kita Berubah??

sejauh mana kemampuan kita dlm mnutup aurat?.. atau adkh kite tidk mmpu??.. aurat wanita adlh ujian & rahmat Allah kpd para muslimah.. dan tidklh stiap ujian ditimpakn mlainkn bersesuaian dngn kmmpuan hmbanya.. tp knp kite msih rse xmmpu utk brubh??.. nilai diri, di manakh kdudukn kite yg sbnrnya??.. adkh dekt dngn Allah atau jauh drNYa??.. shinggakn snggup mlwn printh Allah,, pncipta skalian alam..

brckp ttg masa utk brubh.. bilakh masa itu??..bilakh masa utk brsedia??.. brp lama lg prhintungn atara kite dngn Allah dngn hal ini.. tidk malukh jika mmbuat prhintungn yg tidk slyknya??.. antara rhmt dngn yg dbri dngn ketaatan yg dituntut.. sngt jauh bezanya!!.. muslimah skalin.. brsyukurlh ats syariat yg dttpkn.. syriat2 trsebut adlh utk mlindungi kamu.. mnjuahkn diri dr mlkuk kmungkrn.. sedrlh btpe besrnya rahmat Allah itu.. di tngh2 keliru mmilih utk brubh atau tidk,, ingtlh juga kematian sntisa mnnti kite..tidk kire masa.. tmpt.. keadaan.. alngkh sedihnya jika kite mati dlm keadaan mlnggr printh Allah..

skdr prkongsian luahn perasaan utk sme2 brmuhasbh... slgi dbri pluang utk mrasai nikmat taubat.. insyaAllah sama2 kite kejar rahmat Allah.. krn nilai syurga yg tinggi nilainya hnya mmpu dimiliki dngn rahmat drNYa...

renung2kn dalil ini :

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31).

::hati2 dngn tudung fesyen skrg,, bnyk yg jrg..

Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh” (Riwayat Imam Muslim).

::bnyk juga fesyen mnmpkkn bonggol... smoge kite tidk trgolong dlm golongn yg tidk dpt mncium bau syurga..

“Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (Riwayat Imam Bukhari).

::meniru disini trmsuklh dlm brpkaian.. Rasulullah melaknat wanita yg berpkaian menyerupai lelaki atau sbliknya... lihat blik pkaian2 kita,, adkh mnyrupai llki??.. jika ya,, brsbrlh utk brubh krn pndngn Allah adlh yg pling utama.. insyaAllah..

jngn malu utk brubh atau mlau mnjdi feminin.. tp malulah kpd Allah!!

di manakah kita??? T,T

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".
(As-Sajdah 32:12) |

Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); sesungguhnya Kami tetap membalas.
(As-Sajdah 32:22) |

Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
(Al-Mulk 67:10) |

~kisah isra' mikraj

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

slgi dbri pluang,, jom sme2 brubh!.. engtlh shbt2,, sbsr mne pn dosa yg kite buat,,lgi besr pengmpunn Allah subhanahuwataala...

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”. (al-A’raf:26).

sekadar utk perkongsian BERSAMA~
sama-sama lah kita berubah ke arah kebaikan bersama~ :)

Wednesday, January 25, 2012

baruku tahu~

Beza Mengumpat dan Mengutuk


Mengumpat dan mengutuk. Sekilas dengar seakan membawa maksud yang sama. Dua kilas dengar macam tak sama.:). Tetapi jika dipikirkan betul-betul ianya membawa kepada maksud dan perkaitan yang berbeza.



Entri kali ini aku hendak katakan sedikit beza dan perkaitan menutuk dan mengumpat ni. Takrifan dan pengertian adalah berdasarkan pandangan aku sahaja tanpa merujuk kepada mana-mana kamus takrifan. Oleh itu tidak digalakkan untuk diguna dalam karangan bahasa melayu.ha².

Ok serius sikit. Apa yang aku rasa berbeza antara mengumpat dan mengutuk ini.?

1. Kesahihan

i) Kutuk: Betul dan berlaku
Kalau mengutuk ini, biasanya perkara tersebut adalah betul dan benar-benar berlaku. Contoh Abu mengutuk tentang Ali kerana membiarkan ibu bapanya tanpa jagaan. Biasanya Abu memang tahu Ali memang membiarkan ibunya dan dia mengutuk Abu samada kepada Abu atau kepada kawan-kawan lain.



ii)Mengumpat - Tidak pasti
Kebiasaannya mengumpat ini adalah perkara yang pasti atau tidak pasti. Kalau betul berlaku pun, perbuatan mengumpat akan ditokok tambah untuk menyedapkan cerita. Kalau dari Aminah kata nampak Joyah pergi hotel. So sampai dekat Suhaila nanti ceritanya akan jadi "nampak joyah pergi hotel, dia pernah kantoi, dia memang suka pakai seksi, bertukar pasangan, pernah masuk paper, ada skandal dengan suami orang," dan macam-macam lagi yang menjadikan cerita tu 'best'.


2. Berdepan.?

i: Mengutuk - Berdepan/belakang.
Mengutuk sesuatu/seseorang boleh berlaku secara berdepan atau belakang. Contoh Ali kutuk Abu " ko ni teruk la, tak patut ko buat macam tu, dah la ko ta hensem pun". Ataupun di belakang, tetapi jarang ada tokok tambah walaupun kutukan di belakang.




ii) Mengumpat - belakang.
Mengumpat ni, memang sah berlaku secara membelakangkan orang yang diumpat. Tidak kira la siapa yang diumpat, betul atau tidak. Pernah juga anda dengar ayat-ayat ini bukan, "Kalau depan² bukan mengumpat kan"


3. Perasaan, Bahasa

i) Mengutuk - Benci, bahasa kasar
Mengutuk biasanya melibatkan perasaan benci dan tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh seseorang. Dan juga bahasa biasanya adalah kasar. Contohnya " Bodoh la Abu tu, budak bawah umur pun hendak buat jadi kekasih". Mengutuk juga intonasinya adalah straight, tiada turun naik.



ii) Mengumpat- Meluat, intonasi turun naik
Mengumpat pula biasanya melibatkan perasaan meluat dengan apa yang berlaku atau didengari. Contoh " Ei, bodohnya Abu, budak bawah umur pun dia nak jadikan kekasih, kalau aku la, jangan harap la". Intonasi pula naik turun bergantung kepada keadaan dan bagaimana situasi mengumpat itu.


3. Jantina

i) Mengutuk - Lelaki
Mengutuk memang lebih mudah dikaitkan dengan lelaki. Sebab salah satu sifat lelaki straight to the point je. Ada juga dikalangan perempuan tidak seganas lelaki kalau bab mengutuk.




ii) Mengumpat - Perempuan
Mengumpat memang sinonim dengan perempuan, boleh dikatakan ini antara 'aktiviti' mereka apabila bertemu. Sukar untuk mereka mengelak daripada ini kerana salah satu sifat bagi perempuan adalah mereka suka bercerita. Dan dalam bercerita apabila melibatkan orang lain akan menjurus kepada tokok tambah yang boleh kita gelarkan sebagai mengumpat.


4.Contoh Dialog:

i) Mengutuk
"Teruk la Abu tu bawa Minah tu merata-rata. Kalau jadi pape susahkan orang tua je. Dan la budak bawah umur. Bengong sungguh tak pikir masa depan"



ii) Mengumpat
" Eh, ko tau tak, Abu tu memang tiap² hari bawa Minah merata². Dulu aku pernah dengar dia pergi hotel, pastu ada kawan aku cakap dia pernah kena tangkap khalwat, Minah tu pula orang kata dia tu minah rempit, dan bertukar jantan 5-6 kali, mak bapak dia pun kalau tak silap aku bercerai sebab ada skandal dulu. Masa minah lari dari rumah dulu pun mak bapak dia tak kisah pun, pastu dah la lari dari rumah tidur rumah member lelaki lak. Entah-entah dan mengandung dulu. Aku tak tahu sangat la, aku dengar cerita orang".

------------------------------------------------------------------

Kesimpulan kecil.:)

Mengutuk : Straight, berdepan/belakang, bahasa kasar, lelaki
Mengumpat: Bengkang bengkok, berintonasi, tokok tambah, belakang, perempuan


P/S: Tak pasti pula kalau dalam blog boleh diklasifikasikan sebagai mengumpat atau tidak.:)

just copy paste from anothers blog..thanks to him~
~✿..Ya Allah, aku akan BERHENTI mengeluh dan aku sudah berhenti mengejar sesuatu yang TIDAK PASTI..aku PASRAHKAN segala urusan ini kepadaMu, sekalipun aku sudah menguburnya dalam-dalam, namun HARAPAN itu masih menyala dalam hamparan rasaku tetapi dayaku telah habis untuk BERTAHAN pada situasi ini..biarlah harapan itu hanya Engkau saja yang menyelesaikannya..aku masih menginginkannya tapi aku hanya MENANTI sesuatu yang PASTI dan terbaik dariMu..

Dengannya atau tanpanya asalkan ada Engkau pasti aku BAHAGIA dan aku akan tetap bertahan dengan keyakinanku..ya Allah, aku akan disini dalam sujud dan cinta yang penuh untukMu..aku tahu, semua ini terjadi kerana ketetapanMu dan aku ihklas..sakit dan lelahku adalah HARGA yang tidak seberapa dibandingkan KELALAIANKU dalam sujud padaMu..✿~

>>> Wahai sahabatku, Allah kadangkala MENJAUHKAN seseorang itu daripada HIDUP kita atas sebab untuk MELINDUNGI kita daripada segala DOSA dan KEMAKSIATAN yang berpanjangan..oleh itu, BERHENTI MENGEJARNYA..♥♥♥